What is sexual harassment?
Hye kamu...
Berjumpa lagi kita rancangan "Akak-Akak Sangat". Eh- tak gurau jer. Hari ini topik kita adalah "sexual harassment" atau "gangguan seksual".
Apakah itu gangguan seksual? Apakah
contoh-contoh gangguan seksual? Cara menangani gangguan seksual pula macam
mana? Apakah pula punca berlakunya gangguan seksual? Bagimanakah contoh laporan
gangguan seksual?
Mohon bersabar para pembaca sekalian. Saya disini pun bingung sudah soalan mana satu yang mahu dijawab duluan. Hahaha…
Seperti yang kita semua sedia maklum, isu gangguan seksual kini lebih kerap
dipersoalkan. Mengapakah perkara ini berlaku? Sebelum saya menjawab
persoalan-persoalan dalam minda saya sendiri dan yang mungkin para pembaca
tertanya-tanya, mari kita kenali dahulu apa itu gangguan seksual atau dalam Bahasa
Inggeris yang disebut “sexsual harassment”.
Apakah itu gangguan seksual?
Gangguan seksual adalah sesuatu perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini
sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi ataupun fizikal, atas
sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan akan menyebabkan
seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan seksual
ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada berlainan atau sesama jantina.
Kategori gangguan seksual
Gangguan seksual terbahagi kepada lima kategori, iaitu gangguan secara
fizikal, gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual
dan gangguan secara psikologi. (saya tidak tahu kenapa saya buat ni macam karangan
atau laporan sebenarnya hahaha… automatic. Penerangan bagi setiap kategori
gangguan ni saya akan bagi dalam bentuk… yang saya suka J)
a)
Gangguan secara fizikal berlaku apabila seseorang
mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut
berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium,
menjilat (eww) atau meraba.
b)
Gangguan secara lisan pula berlaku apabila penggunaan Bahasa
lucah digunakan dalam perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian,
memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan secara seksual keatas
penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual.
c)
Gangguan secara isyarat adalah apabila seseorang
menunjukkan sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan
yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai,
menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.
d)
Gangguan secara visual dilakukan dengan menghantar nota,
surat, e-mel, short messaging system (SMS), gambar (foto), poster, objek atau
bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik ,
blog, vlog atau platform media social seperti Facebook, Whatsapp, Twitter atau
apa-apa aplikasi.
e)
Gangguan secara psikologi adalah perbuatan cuba merapati seseorang
secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi
keinginan seksual.
Wow… Ramai
sudah yang saya boleh lapor polis. Tapi tidak apa. Past is past. Sebelum ni
saya belum tahu lagi. Saya maafkan jer. Tapi selepas ni, MUAHAHAHAHAHA awassss…
okay sekarang saya bingung sudah balik. Aiyoooo… Baru dua persoalan yang
terjawab huhu… Tiga persoalan lagi tu saya akan sambung di waktu-waktu yang
terdekat. Seperti biasa, Take care you alls… Stay safe, stay healty, stay cute,
stay pretty, stay happy. Until we meet again. See you~
To
be continue…

No comments:
Post a Comment